Akaun knz.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

MESEJ INI KHAS UNTUK PENIAGA YANG ADA MASALAH UNTUK URUSKAN ISU CUKAI PERNIAGAAN ATAU PERSENDIRIAN 

.

Apakah anda :

  1. Peniaga yang ada perniagaan Enterprise ataupun Sdn Bhd?
  2. Ada masalah untuk pengurusan atau manage percukaian syarikat mahupun perniagaan anda
  3. Pernah didenda oleh LHDN kerana gagal uruskan atau bayar cukai perniagaan
  4. Perniagaan macam rugi, tapi masih lagi kena bayar cukai hujung tahun 
  5. Memang tak pernah tahu menahu pun tentang urusan cukai ni dan tak pernah bayar cukai selama ini




Jika anda ada tersenarai antara salah satu golongan di atas tu, maka mesej yang kami nak bawakan ini memang khas untuk anda ya. 

.

Tak kisah la kita ni sebagai peniaga ke, ataupun pekerja, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk lunaskan cukai sekiranya kita sebagai peniaga ini memiliki keuntungan dalam perniagaan kita. 


.




Memperkenalkan, Ebook Khas Strategi Percukaian PKS (Perusahaan Kecil Sederhana) : Bagaimana Mengurangkan Beban Cukai Dengan Sah

.



Jangan ingatkan dengan bayar cukai ini, kita akan kerugian. Bukan macam tu ya, sebenarnya dengan membayar cukai ini, kita akan mendapat banyak kelebihan dalam perniagaan kita. Antara kelebihan yang kita boleh dapat sekiranya kita mematuhi pembayaran cukai ini :


  • Mudah untuk mendapatkan geran perniagaan ataupun pembiayaan perniagaan
  • Mudah unttuk mendapatkan kontrak daripada kerajaan ataupun agensi berkaitan kerajaan
  • Imej dan reputasi perniagaan yang lebih diyakini dan lebih dipercayai
  • Tanda bahawa anda adalah peniaga yang cekap dan bijak dalam menguruskan perniagaan
  • Sebagai sumbangan terbaik kita untuk membantu pertumbuhan ekonomi negara/ Mudah untuk membantu pembangunan rakyat






Tetapi, tahu tak bahawa sebenarnya ada banyak jenis cukai dan juga pengecualian cukai yang kita boleh pilih sebagai peniaga ni. Bukanlah bermaksud semuanya perlu kita bayar cukai tu ya. Dalam ebook ini, kami akan kupas satu persatu tentang percukaian di Malaysia ini. Antara tajuk yang bakal kami sentuh adalah :


  • BAB 1 : Pengenalan : Kenapa Percukaian Penting Untuk PKS 
  • BAB 2 : Memahami Struktur Cukai Di Malaysia ( Jenis-jenis Cukai untuk PKS)
  • BAB 3 : Pelepasan Cukai Yang Sah & Bagaimana Memanfaatkannya ( Strategi Pelepasan dan Kredit Cukai
  • BAB 4 : Mengoptimumkan Struktur Perniagaan Untuk Mengurangkan Cukai 
  • BAB 5 : Menyusun Perbelanjaan Perniagaan Bagi Pengurangan Cukai
  • BAB 6 : Pengurusan Cukai Antarabangsa Untuk Perniagaan PKS
  • BAB 7 : Pengurusan Rekod Kewangan Yang Kemas Untuk Audit Cukai
  • BAB 8 : Risiko Dan Kesalahan Percuukaian Yang Perlu Dielakkan
  • BAB 9 : Rangkan Tindakan Percukaian Tahunan Untuk PKS
  • BAB 10 : Penutup




Ada 10 bahagian dalam Ebook ini yang akan membantu anda untuk menguruskan perniagaan dengan lebih cekap lagi terutamanya dalam bab pengurusan cukai. Ebook ini diterbitkan bukanlah untuk menjadikan anda sebagai pakar cukai negara, tetapi sebenarnya selepas anda memiliki Ebook ini, anda akan dapat :


  • Mengenalpasti berapa sebenarnya jumlah cukai yang perlu anda bayar
  • Beza antara cukai korporat dan juga cukai persendirian
  • Mengelakkan anda daripada didenda oleh LHDN kerana gagal mengisytiharkan pendapatan cukai
  • Mengenalpasti strategi terbaik untuk merangka perbelanjaan syarikat dan juga menjimatkan jumlah wang yang perlu anda bayar untuk cukai korporat ataupun persendirian
  • Yang pastinya, dengan Ebook ini akan membolehkan perniagaan anda terbang jauh lebih tinggi dan dikenali oleh pihak berkuasa sebagai perniagaan yang patuh dalam pembayaran cukai serta pengurusan kewangan 






Tahu tak anda, Ini adalah antara laporan akhbar yang menegaskan tentang berapa ramai peniaga yang tidak membayar cukai. Apakah anda rasa bahawa anda tergolong dalam golongan yang tidak patuh dalam pembayaran cukai ini?




    






Siapakah kami dan bagaimana pula kami nak tulis Ebook ini? 

.

Dah bercerita panjang ni, tak kenalkan diri pulak ya. Saya kenalkan diri saya terlebih dahulu ya. Nama saya Khairoul Nazim Bin Kamaruddin. Saya merupakan salah seorang pengasas bersama syarikat Kanaz Group of Companies. Kami sudah menjalankan perniagaan lebih dari 10 tahun dan pelbagai pengalaman serta jatuh bangun dalam dunia perniagaan ini telah kami tempuhi. Kami menjalankan pelbagai jenis perniagaan termasuklah dalam bidang IT, Kejuruteraan, Konsultasi, Latihan dan juga General Trading.

.


Sebenarnya, niat nak menulis Ebook ini adalah berdasarkan pengalaman kami sendiri sebagai peniaga. Kami sebenarnya bermula perniagaan dahulu tanpa sebarang bimbingan dan banyak langgar dinding. Semuanya buat sendiri terutamanya dalam bab pengurusan perniagaan. Sehinggalah kami telah mendapat surat denda penalti daripada pihak LHDN atas kegagalan kami dalam melunaskan serta mengisytiharkan pendapatan perniagaan kami. Memang kami buat audit syarikat, tetapi audit kami lewat daripada sepatutnya. 

.

Bila kami lewat dalam mengemukakan audit ini, kami juga lewat dalam mengisytiharkan pendapatan perniagaan kami, menyebabkan kami didenda oleh pihak LHDN dan perlu membayar jumlah cukai yang lebih tinggi daripada sepatutnya !

.

Ini yang sebenarnya boleh dielakkan sekiranya kami memiliki ilmu pengurusan dan lebih cakna pada peringkat awalnya. 

.

Sebenarnya, Ebook ini ditulis oleh hpemilik perniagaan untuk pemilik perniagaan yang lain. Ini adalah lebih sebagai pengalaman dan kesilapan yang pernah kami hadapi sebelum ini. Kami kongsikan semuanya dalam ebook ini untuk anda hayati dan fahami bagaimana kami boleh hadapi isu ini. 

.

Kami bukanlah nak menjadikan anda sebagai pakar percukaian di Malaysia ini. Tugas kita sebagai pemilik perniagaan adalah membangunkan perniagaan betul tak? Usaha untuk membangunkan perniagaan ini akan terbantut sekiranya kita tersangkut dalam hal-hal berkaitan audit syarikat, pengisytiharan cukai dan sebagainya. Ini semua boleh dielakkan sekiranya kita lebih bersedia sejak dari awal. 

.


Atas sebab kesilapan saya itulah, saya rasa tidak salah jika  saya berkongsi dengan anda semua sedikit pengetahuan dan ilmu bagaimana untuk kita membuat strategi dalam pembayaran cukai syarikat ataupun persendirian kita ini. Bukanlah saya bermaksud nak suruh anda mengelak daripada membayar cukai, cukai ini perlu dibayar, cuma kadang-kadang kita ini tidak tahu dan terlebih bayar cukai daripada yang sepatutnya. Alasannya sebab kita TIDAK TAHU !

.

Jangan lagi jadi seperti itu ya, kita tida boleh lagi jadi tidak tahu. Kita boleh bersedia dari awal jika mahu. 

.





Ada 10 bahagian dalam ebook ini yang telah kami susun untuk kegunaan anda semua. Tak rugi sekiranya anda luangkan masa dan wang sedikit untuk mempersiapkan diri anda supaya boleh memahami dengan lebih lanjut tentang strategi percukaian di Malaysia ini. 

.

Mengapa kami buat dalam bentuk Ebook? Kami buat dalam bentuk Ebook ini supaya mudah untuk anda akses kandungan ebook ini pada bila-bila masa sahaja. Ilmu ini sangat luas, saya harapkan dengan sedikit bantuan yang ada ini boleh memanfaatkan anda, kalau tak banyak pun dapat sedikit pun jadi lah. 

.

Untuk dapatkan Ebook ini mudah sahaja, kami jual 1 copy Ebook ini dengan harga RM 29 sahaja. Khusus untuk anda semua sebagai pemilik perniagaan. Sangat-sangat murah dan berbaloi untuk dapatkan jika nak dibandingkan dengan ilmu serta penjimatan puluhan ribu ringgit yang mungkin anda akan dapat apabila membayar cukai nanti. 

.


Untuk dapatkan ebook ini mudah sahaja, boleh beli dengan memilih pada borang tempahan di bawah ini. 

.

Saya doakan semoga perniagaan anda semua lebih maju dan terbang tinggi apabila dapatkan copy ebook ini serta dipermudahkan urusan semua selepas ini.